Wednesday, July 29, 2009

Cara terbaru menyebar kuman HIV

0 comments
Berikut adalah artikel yang perlu diambil perhatian sekiranya
anda belum
membacanya.Sila baca artikel berikut mengenai
orang yang HIV positif
seronok menyebarkan virus HIV.
Ianya pernah ke udara di dalam Televisyen
Thai di mana
pesakit HIV ditangkap & didakwa, tapi apa gunanya, beliau

telah merosakkan ramai orang awam yang tak berdosa.
Jadi sila berhati-hati.
Beberapa tempat berbahaya dan
kebarangkalian menemui jarum

penyuntik yang telah digunakan penagih

1. Di kawasan pantai. Apabila anda berjalan di pantai sila pakai
selipar atau kasut, ada penagih dadah yang melakukan aktiviti di tepi
pantai dan menimbus jarum penyuntik di dalam pasir. Penyuntik ini
kemudiannya terdedah akibat ombak.

2. Di kawasan permainan kanak-kanak. Satu lagi kawasan pilihan
penagih.Terdapat kes di Australia di mana kanak-kanak yg tak berdosa
telah
tercucuk jarum penyuntik apabila beliau turun daripada
papan lunsur &
kemudiannya didapati HIV positif.

3. Di panggung wayang. Sila pastikan kerusi yg anda duduki. Kes yang
terjadi apabila seorang perempuan duduk di kerusi beliau dan terasa
sesuatu benda mencucuk... Beliau berdiri dan mendapati ada penyuntik
dan
nota berbunyi "Welcome to the real world, you are now HIV positive'.
Doktor telah memeriksa jarum tersebut & mengesahkan ianya terdapat
virus HIV. Ianya berlaku di Hawai jadi berhati-hati. .. .

4. Di Georgia & Florida , ada kes menunjukkan pesakit HIV meletakkan
penyuntik di dalam tempat mengembalikan syiling, mesin air minuman.
jadi pastikan bila anda membeli air atau kandi, perhatikan betul-betul
tempat mengembalikan wang syiling... .mungkin terdapat jarum penyuntik
di
dalamnya.

5. Di restoran Burger King, pesakit HIV yang juga pekerjanya
meletakkan sedikit darah di dalam burger & mencampurkan
dengan mayonis
dan salad. Ianya seperti sos. Jadi cuba jangan
pesan burger dengan
mayonis & sos Order di tempat lain.
Ini adalah nyawa anda. Sila
'foward' maklumat ini sebanyak
mungkin kepada orang lain, especially
orang yang anda cintai,
anak anda dan sesiapa saja...


Note: Sayangi diri hiasi peribadi

Tuesday, July 28, 2009

Ciuman Seorang Suami

0 comments
Bagi para suami yang suka sangat cium isteri, hati-hati. Ciuman ni memberi tanda kepada seseorang tentang tingkah lakunya. Bagi para isteri, ketahuilah suami anda dengan ciumannya. Selamat menilai sendiri!

Suka cium dahi isteri - suami yang romantis.
Suka cium pipi isteri - suami yang penyayang.
Suka cium mulut isteri - suami yang gelojoh.
Suka cium tengkuk isteri - suami yang mata keranjang.
Suka cium telinga isteri - suami yang sensitif.
Suka cium leher isteri - suami yang penyabar.
Suka cium buah dada isteri - suami yang suka bermanja.
Suka cium tangan isteri - suami yang hipokrit.
Suka cium ketiak isteri - suami yang menerima isterinya seadanya.
Suka cium kemaluan isteri - suami yang pemalu.
Suka cium punggung isteri - suami yang suka bergurau.
Suka cium kaki isteri - suami yang terlalu menghormat isteri.
Tidak suka cium mana-mana bahagian badan isteri - suami yang memtingkan diri.
Suka cium seluruh bahagian badan isteri - suami yang baru balik dari outstation

Note: Suami Soleh..

Friday, July 17, 2009

REJAB

0 comments



Pengertian Rejab.


Rejab bermakna kebesaran atau kemuliaan dan ia membawa maksud bulan yang dibesarkan atau dimuliakan. Masyarakat Jahiliyah menamakan bulan ini dengan bulan Rejab kerana mereka memulia dan menghormati bulan ini dengan mengharamkan berperang di dalamnya. Dan Rasulullah SAW mengekalkan nama ini dan mengharamkan pertumpahan darah di bulan Rejab. Dan bagi umat Islam, kita memperingati dan memuliakan Rejab sempena dengan peristiwa besar yang berlaku kepada Rasulullah SAW iaitu peristiwa Isra' dan Mi'raj.



Peristiwa di bulan Rejab.


Hijrah Pertama Hijrah ke Habsyah (Ethiopia) Pihak musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Rasulullah SAW dan mereka yang beriman kepada Rasulullah SAW pada ketika itu. Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung lalu Rasulullah SAW memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.

1.Hijrah Pertama
Hijrah ke Habsyah (Ethiopia) Pihak musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Rasulullah SAW dan mereka yang beriman kepada Rasulullah SAW pada ketika itu. Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung lalu Rasulullah SAW memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.
Tujuan hijrah ini adalah untuk menyelamatkan iman dan keselamatan diri di samping untuk mencari tapak baru untuk Islam bertapak dan menyusun langkah untuk agenda seterusnya. Diantara mereka yang berhijrah ke Habsyah ialah Saidina Othman RA dan istrinya Roqiah anak Rasulullah SAW. Jumlah mereka adalah 14 orang termasuk 4 orang wanita. Habsyah dipilih adalah kerana rajanya dikenali dengan toleransi dan sikap terbukanya.

2. Isra' dan Mi'raj
Isra'dan Mi'raj ertinya Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmuqaddis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT.
Dalam menentukan tarikh bila berlakunya peristiwa ini, sebahagian ulama mengatakan pada 27 RabiulAkhir; sebahagian ulama mengatakan pada 17 RabiulAwal; sebahagian ulama mengatakan 29 Ramadhan; sebahagian ulama mengatakan pada 27 Rejab dan sebahagian ulama yang lain mengatakan pada tanggal-tanggal selain dari yang tersebut.
Menurut Chalil, 1999 sebagaimana yang dijelaskan oleh Dr.(H) Hj. Kassim Bahali, ada setengah ulama mengatakan pada malam tanggal 7 RabiulAwal. Adapun yang terbanyak ialah golongan yang mengatakan pada tanggal 27 Rejab, sekalipun tidak dengan alasan yang kuat.
Tahun berlakunya juga terdapat perselisihan pendapat ulama, ada sebahagian yang mengatakan pada tahun ke 5 dari Bi'tsah (tahun mula diutusnya peribadi Nabi), sebahagiannya berpendapat pada tahun ke 12 dari Bi'tsah; sebahagiannya berpendapat pada tahun sebelum Nabi hijrah ke Thaif, sebahagian berpendapat pada tahun ketiga sebelum hijrah Nabi S.A.W ke Madinah dan ada yang sebahagiannya pula berpendapat lain dari semuanya itu.
Bagaimanapun seorang ahli sejarah Islam bernama Ibnu Saad telah mencatatkan dalam kitabnya "At-Tobaqatil Qubra", bahawa berlaku israk mikraj terhadap Nabi s.a.w. ialah pada lapan belas bulan sebelum Nabi S.A.W. hijrah ke Madinah dalam satu peristiwa yang amat bersejarah itu.(Tazkirah, Pusat Zakat N. Sembilan)

3. Perang Tabuk
Tabuk adalah mengambil nama sempena nama satu tempat di Utara Semenanjung Arab di mana Rasulullah SAW dan 30 ribu tentera Islam berkumpul. Tidak berlaku pertempuran kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dan gerun kepada kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi berbagai kesukaran

4. Pembebasan Baitul-Muqaddis
Baitul Muqaddis telah dibuka pada zaman Saidina Umar Al-Khattab RA di zaman pemerintahannya. Akibat kelalaian dan perpecahan uamat Islam di zaman pemerintahan Abasiyah, umat Kristian (tentera Salib) telah melakukan serangan demi serangan ke atas Baitul Muqaddis dan akhirnya dapat menawan kota suci Baitul Muqaddis setelah 500 tahun dikuasai oleh pemerintahan Islam. Tentera Salib telah menduduki Baitul Muqaddis hampir 60 tahun sebelum dibebaskan kembali oleh panglima Islam terkenal Salehuddin Al-Ayubi. Beliau telah berjaya menawan kembali Baitul Muqaddis dari tangan tentera Salib pada hari Jumaat, 27 Rejab 583H. Dan pada tahun 1967 bersamaan 1387H umat Yahudi pula menawan Baitul Muqaddis (Palestin) dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.

5. Lahirnya Imam Syafie RH.
Nama sebenar Imam Syafie RH ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghuzah, Palestin pada tahun 150H bersamaan 767 Masehi dalam bulan Rejab. Beliau adalah salah seorang dari empat imam mazhab yang besar dalam dunia Feqah. Malaysia mengamalkan mazhab Syafie. Diantara peninggalan imam Syafie RH yang tiada ternilai harganya dan menjadi rujukan sehingga sekarang ialah kitab al-Umm.


note: info by al-azim

Thursday, July 16, 2009

Fatwa JAKIM

0 comments
Fatwa JAKIM ini telah menimbulkan perdebatan dan bantahan yang sangat sengit antara yang pro dan kontra. Bahkan banyak pihak yang menyatakan bahawa JAKIM telah mengambil keputusan yang tidak munasabah dan terburu-buru. Wartawan Berita Harian telah meminta pegawai kanan JAKIM untuk memberi ulasan yang mendalam sebab JAKIM mengeluarkan fatwa sedemikian. Inilah isi wawancara tersebut:

Wartawan: Bagaimana JAKIM boleh mengeluarkan fatwa haram untuk menikahi gadis satu kampung?


Pegawai Kanan: Bagaimana tidak haram,sedangkan menikahi empat orang wanita sahaja sudah berat,apalagi satu kampung..... .....ramai nya.!! !

Note: AYAT BIAR JELAS!!

ALLAH MAHA PENYAYANG

0 comments
Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu,
Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu,
Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.

Oleh itu,

Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya. Hantarlah pesanan ini kepada orang yang anda tidak akan lupa dan hantarkan juga kepada orang yang menghantar pesanan ini. Ini adalah pesanan pendek untuk
menyatakan yang anda sentiasa mengingatinya. Kalau anda tidak menghantar pesanan ini, bermakna anda sudah mula melupakan kawan-kawan anda. Ambillah sedikit masa dan anda sudah pasti memberi keceriaan kepada seseorang atau mungkin mengubah hidup mereka kepada yang lebih baik,

InsyaALLAH

Note: Renungkanlah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

LeNgGaNgKaNgkuNg Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template