Thursday, April 30, 2009

GAME

0 comments

DIABLO III


Game strategy nie antara yang paling aku minat laa
mmg aku x miss nyer main game nie.
Betol2 mencabar minda aku. walaupun satu game
nak habiskan sampai berbulan2.. tapi aku
tetap x putus asa. Kalau berani cuba laa..
Bila laa nak kuar game nie kat mesia ekk..
dah dekat setahun dah lunchingn kat luar negara
kat kontan x kuar2 lagi adooo..

NOTE: Bersukan laa untuk kesihatan, untuk diri sendiri. Bukan untuk Kementerian Kesihatan


Tuesday, April 28, 2009

4th Keje aku..

1 comments

Setelah aku berhenti dari kerja di stesen minyak, aku melapor diri di sekolah lama ku. Aku diterima berkerja disitu. Aku diterima berkerja sebagai Guru di sekolah lama aku.GSTT (Guru Sandaran Tak Terlatih Langsung Tak Tau Macamana Boleh Jadi Guru). Aku seorang guru. Matapelajaran yg aku ajar, Teori Elektrik, Amali Elektrik n Lukisan Elektrik. Mula-mula rasa janggal gak laa sbb keje n jumpa balik ngan cikgu2 lama dulu.. sbb masa sekolah dulupun, aku bukan nyer baik sgt aku nih.. x pandai plk tu.. yang dok satu bilik guru tu jer laa aku panggil cikgu.. yang lain tu kalau aku panggil cikgu sure aku kene marah nyer.. diorg suh aku panggil nama jer.. mula2 segan jugak.. bekas cikgu.. nak panggil nama plk kann.. masa aku masuk tu ader 3 org lelaki sama jawatan ngan aku n sorang cikgu baru posting lelaki.. sbb masing2 jauh dari rumah.. kiataorang pakat2 carik rumah sewa... sebelom tu kitaorg merempat jugak laa kat asrama (rumah warden) selama 4 bulan. Nak citer kat korang antara kitaorg berempat nie.. semua perangai pelik2 (berbeza-beza). Dalam masa 4 bulan pertama tu kitaorg nie x dapat gaji lagi.. biasa laa gomen kalau mula2 keje nie lambat laa sikit. so kenelaa makan kat asrama (potong gaji) abih jer time sekolah, kitaorg pun pegi laa asrama makan.. yang lecehnye.. ader mmber aku sorang nie dah laa dia selalu awal.. dia makan dulu, x tinggal dah kat org kat belakang.. kadang2 pegi makan dah x der lauk.. hampeh tol... pernah jugak tegur dia.. tapi mmg dah jenis hati batu.. wat bodo dia jer laa.. last2 sekali sebelon dia balik kitaorg balik dulu n habiskan semua makanan.. biar dia rasa plk macammana kitaorang rasa.. ok tak? padan muka dia.. pastu satu hari bila dah dapat gaji, kitaorg pun pegi laa sooping barang2 dapur kat bandar... mamat yang pelahap td tu x nak bawak barang.. alasan dia malu.. nnti org kampung nampak katanya.. tu baru nak bawak barang yg dia beli sendiri tu, tu pun dah suruh org lain yg bawakkan.. menjejak kaki ke pasar ikan pun x nak.. org macam nie pun aku jumpa.. wakakakaka.. dah nasib aku duduk serumah ngan org macamnie.. ubat gigi pun kemut nak beli.. adooo..... to be continue.. jeng..jeng.. jeng.


Note: Berhati-hati dijalan raya, Ingatlah orang tersayang...

Aku, Stokin Dan Kondom..

4 comments
Suatu hari mak bonda aku masuk wat kerana sakit lelahnya.. Aku macam biasa time lunch jer aku pun menyempel laa kat dia.. tanyakan apa dia nak, apa masaalah dia n tanyakan keadaan dia mcmmana. Dia pun citer laa kat sini sejukk sgt.. sampai sakit betis dia.. ader org kat sebelah katil dia tu suh dia beli n pakai STOKIN untuk betis (sejenis STOKIN panas dr atas bukulali sampai ke lutut). Aku pun terus laa memecut ke farmasi berdekatan.. untuk mencari STOKIN tersebut.. yang aku tau STOKIN..nak carik STOKIN.. nak carik STOKIN.. sampai kat farmasi tu dengan muka selambe nyer aku terus meluru masuk untuk mencari STOKIN tampa menghiraukan beberapa orang awek pembantu farmasi kat situ.. Ader laa sorang awek pembantu farmasi tu datang kat aku sbb tgk aku tgh mencari sesuatu jer..

Awek 1: "yer encik boleh saya tolong? encik cari apa?
Aku : "err.. nak carik stokin (cun laa plak awek nie)"
Awek 1: Ader encik kat sini (sambil menunding jari)
Aku : "Bukan stokin nie dik... nak stokin yg panjang tuu"

tiba-tiba terdengar suara yg agak kasar dr belakang..

" NAK KONDOM LAA TU.. NAK KONDOM CAKAP LAA NAK KONDOM MALU2 PLAK !!"

rupa-rupanya ader sorang lagi awek pembantu yg menyampuk dari belakang..

dengan lemah lembut dan ayu aku cakap kat awek tu " Dah saya nak carik STOKIN.. kenapa saya nak cakap nak carik KONDOM pulak.."

Dengan muka merahnya awek tu terus lari kebelakang sambil digelakkan oleh kawan2 sekerjanya dan pelangan yg ader..

aku dan awek pembantu farmasi tu terus mencari stokin yang aku cari tapi x der kat situ.. aku terpaksa kedestinasi seterusnya untuk terus mencari STOKIN. dan akhirnya aku jumpa..STOKIN..





NOTE : Jangan bersangka buruk.. tak baik taw..

Friday, April 24, 2009

Sikap Negatif Lelaki

0 comments
1

Suka Mengamuk

Sikap lelaki yang cepat berang, suka menkritik dan meninggikan suara membuatkan wanita sering berjauh hati.

2

Sangat Ego

Sukar memohon maaf miskipun sedar akan kesilapan sendiri. Sangat mementingkan diri sendiri. Sangat mementingkan ego menyebabkan kaum ini enggan merendah diri.


3

Cakap Besar


Sikap lelaki yang suka bercakap besar, sangat membosankan. Apatah lagi mereka juga gemar bermegah2 dengan pencapaian dah kebaikan diri seakan-akan diri saja yang betul.

4

Tidak Suka Meluahkan Emosi

Meskipun ader sesuatu yang mengganggu fikiran, namun lelaki lebih suka berdiam diri dan membantu sehinggamembuat kaum wanita sering bertanya-tanya, rasa terasing dan terabai.

5

Lokek Beri Pujian

Lelaki suka dipuji tapi berat memberi pujian. Justeru, mereka seolah-olah tidak mempunyai perasaan meskipun masakan isterisedap ditambah dengan penampilan yang anggun dan cantik..


Note: Lelaki oohhh Lelaki... ermmmm

Wednesday, April 22, 2009

5 Jenis Lelaki Yg Harus Dihindari...

3 comments
1

Lelaki Yang Inginkan Aweknya Mirip Bekas Kekasihnya.

Kaum lelaki biasanya sulit mengawal perasaannya sendiri. Melalui fasa sedih akibat putus cinta sering membuatkan lelaki menganbil tindakan mencari teman baru. Dalam pada itu, mereka juga cengderung membandingkan teman wanita baru mereka itu dengan bekas kekasih lama. Untuk itu sebaiknya siasat dahulu adakah dia telah benar-benar melupakan bekas kekasihnya itu atau sebaliknya.

2

Lelaki Yang Selalu Menghilang.

lelaki seperti sering menghilangkan diri dengan alasan terpaksa menyempurnakan tugas penting di pejabat atau membatalkan temujanji anda bersamanya secara tiba2. Bagi yang berkapel dengan jejaka ini sebaiknya berhati-hati kerana meraka mungkin memiliki awek ataupun sudah beristeri..

3

Lelaki Yang Dilihat Terlalu Sempurna.

Lelaki yang tergolong dalam katagori ini biasanya berkereta mewah dan mempunyai penampilan menarik seperti orang kaya. Bagi wanita di luar sana, jangan terburu-buru menghampiri lelaki seperti ini. Bukan apa, bimbang lelaki seperti ini berselindung disebalik imej kerana mempunyai niat buruk di sebaliknya.

4

Lelaki Yang Tidak Beretika.

Lelaki jenis ini sering mengajak teman wanitanya bertemu di lokasi berhampiran dengan kawasan rumahnya. Sudahlah begitu, teman wanitanya itu disuruh datang sendiri dengan teksi. Sekiranya ini terjadi, putuskan segera hubungan anda dengannya. Tiada gunanya berkapelkan lelaki seperti nie kerana selain tidak bertanggungjawab,dia juga munkin mempergunakan teman wanitanya sendiri demi kepentingan dirinya suatu hari nanti.

5


Lelaki Yang Tangannya Ramah.

Baru beberapa kali bertemu, si dia sudah berani menyentuh tubuh teman wanitanya. Apabila ditegur dia berlagak, dia berlagak selamba sambil memberi pelbagai alasan yang tidak mampu diterima akal. Jangan sekali-kali mendekati lelaki seperti ini. Lebih baik lupakan sahaja niat untuk terus berkawan dengannya.


Note: Lelaki ohh Lelaki..


Kawanku..

1 comments
Assalamualaikum.. ini kisah seorang kawan aku yang x dapat aku lupakan .. walaupun dia dah tak de (meninggal) kerana kemalangan jalanraya.. tapi kisah ini tetap segar diingatan aku..

Satu pagi aku, Joko(kawan aku) dan bekas cikgu dia keluar kebandar untuk membeli alatan sukan.. topik kitaorg masa kat dalam kete masa tu.. citer pasal pempuan cun n seksi sebab kebetulan ader awek cun n seksi tgh tggu bas.. tengah syok2 bercerita.. kitaorg melintas kat satu bus stand.. kebetulan ader sorang perempuan pakai baju kurung tgh kontrol ayu kat bus stand tu..
tetiba member i bersuara (dia duduk kat sebelah pemandu, bekas cikgu dia drive).

joko: cikgu!!.. uuuu cun gile awek tuuu... pink kalerrrrrr...
Cikgu: Hotak kau!! bini aku tu bodoh!!

Ape lagi.. aku dok belakang tergolek gelak kat member aku tu...
member aku yang dok sebelah cikgu tu pucat lesi...takot... hahahahahahahaha

Note: Pikir Dulu Sebelum Buang

Alfatihah untuk Arwah Joko....

Tuesday, April 21, 2009

Wanita ke Perempuan nih..

3 comments
Ni kisah 1st time aku ngorat secara terbuka.. aku nie bukan laa kaki ngorat.. sbb aku ni x biasa wat keje camtu.. Suatu hari aku pegi Pejabat pendaftaran untuk tukar IC baru.. sbb IC yg aku guna tu pakai pic aku masa Ting.1 so kene laa tukar.. Balik tu aku naik bas.. kebetulan laa plk bas tu x ramai orang.. ader drebar, konduktor, aku ngan sorang awek (boleh tahan laa). Rasa cm nak ngorat laa plk awek nie kan.. 1st time nie.. malu gile nih... dengan selambenyer aku aku mengorat awek tu sambil terketar2.. hahahahahahaha... dapat jugak laa no tipon.. masa tu x mampu lagi nak pakai hp.. tipon rumah jer.. masa tu aku keje kat lipis.. dia keje kat kuantan.. tapi duk lipis.. masa tu aku sambung belajar kat kuantan.. ujung minggu jer aku pegi laa sana(kuantan) ader kelas.. sambil dating ngan awek tu.. 2 bulan gak laa aku kawan ngan dia.. pastu aku tinggal bodo jer awek tu.. bukan sebab aper.. aku x tahan dgr ayat dia.. dia cakap ngan aku dia nak carik pakwe yg boleh bagi dia kekayaan.. bagi dia duit.. bagi kete.. selambe je dia cakap kat aku.. pastu aku terus tinggalkan dia.. dalam ati....aku jumpe jugak aku ngan org camneee ekk.. hampeh!! wakakakakakaka


Note: Sengal awek nie...
1 comments


1st award dari Dazz
Terharu nyer.. isk..isk isk..
Dah laa kene paksa amik... huhuhu
Time kasih dazz
Sesape yang masuk blog aku nih
jangan lupa bawak balik award nie taw..
free je x kene bayor
wakakakakaka

Monday, April 20, 2009

Kenangan Dulu

2 comments


EAST COST INTER HOTEL
KARAOKE CONTEST 2005


Masa nie bawak lagu bahasa iban, lelengau- dinamik.. x tau laa macammana boleh dapat award... wakakakakakaka...

Note: Sukan untuk Negara, Nusa dan Bangsa..





3rd Keje Aku

1 comments
Assalamualaikum... nie kali ketiga aku bertukar majikan.. keje yang ke-2 tu dulu betul memudaratkan aku.. aku disahkan doktor menghidap athma kerana terlalu banyak menyedut simen. Kedua orang tuaku memaksaku supaya berenti.. lalu aku berenti untuk kesihatan diri aku sendiri. Tapi aku tetap berhasrat untuk mencari kerja demi membantu keluarga.. cari nyer cari.. aku dapat laa satu keje nie.. keje atendan pam minyak.. Mobil.. time keje kol 7.00 pagi.. sebelum kol 7.00 pagi kene sampai dah.. Sampai je kat tempat keje.. kene laa cuci cermin yang beso tu sampai habis.. pastu amik deposit n bermulaa laa keje.. macam2 orang jugak aku jumpa masa tu.. yang paling tak tahan.. ngan bas sekolah.. dia bayar duit minyak pakai duit syiling adooo satu keje laa pulak kene kira.. x bolah silap.. kalau tak kene potong gaji.. lagi satu yang aku x tahan, ader sorang kawan keje aku tu ader sakit gila babi.. tiap kali dia naik gila.. aku laa orang yg pertama lari.. takot wooo.. dia sondol2 kepala kat tanah sambil mulut berbuih.. orang cakap jgn bg kene air liur dia kat kita.. nanti jangkit... tu laa sebab kalau aku nampak dia semacam jer.. aku lari dulu carik bos.. pastu keje ngan pempuan kene buang daerah sebab dadah.. adoooo polis ader sokmo datang.. takut aku polis tu semacam jer tgk aku (macam aku subahat ngan budak pempuan tu) dah laa tu budak tu selamber jer on time keje kat toilet.. takot tul aku.. pastu bos aku berentikan dia.. sbb dia kantoi ngan bos.. Betullaaa org kata setiap yg berlaku tu ader hikmahnyer.. aku jumpa ngan bekas cikgu aku dan menjanjikan keje utk aku.. keje ke-4 aku laa tu.. selepas 3 bulan aku keje kat stesen minyak tu aku berenti sebab aku dapat keje baru... Tukar keje lagi..

Note: Keje lalalalalala...

Cinta Berok ku..

2 comments
Assalamualaikum... Pertama sekali aku mengenal cinta.. masa aku dibangku sekolah rendah lagi.. masa aku mula2 berpindah kesekolah baru.. aku ader seorang jiran.. nama nyer pun seindah rupa..kitaorang berkawan sejak kecik.. walau kemanapun aku, aper sajer aktiviti yg sekolah aku buat dia tetap bersama aku.. walaupun masing memendam perasaaan cinta yg tak terlepas. Namun kami tau kami saling mencintai.. indahnyer masa tu.. cinta berok laa katakan.. macam dalam citer sembilu tuu... naik beskal time balik sekolah... men kejar2 plk... memang romantik laa cinta berok tu...hahahahaha...cinta yg tak terlepas tu berlanjutan sampai kami habis sekolah rendah.. masa tu masing-masing membawa diri ke sekolah menengah. Bila lama tak berjumpa.. cam biasa lah rasa rindu membara di hati masing2. Masa tu berhubung laa pakai surat.. meluahkan rasa cinta yang terpendam di hati masing2 (sempat jugak laa meluahkan perasaan masa tu). Namun cinta berok nie x kenama laa.. pas tu kami senyap x berhubung walaupun ngan surat.. walaupun ader jugak terjumpa kat kampung.. Namun perasaan cinta tu hilang perlahan-lahan hingga hilang semuanya namun kesannyer masih terasa hingga sekarang... ermmm

Note: Berok Oh Berok...

Lagu minggu ini..

5 comments





Faizal Tahir-Coba

coba kau dengar
coba kau coba
diam bila ku coba
tuk berbicara dengan kamu

pernahkah kau ada
bila ku perlu
tuk meluahkan rasa hati

dan bila kau bersuara
setia ku mendengar
agar tenang kau merasa

siapa
sebenarnya aku padamu
mungkin sama dengan teman lain
yang bisa kau buat begitu
dan bila
tiada lagi teman bermain
kau pulang tuk dapatkan aku
itulah aku...padamu

coba kau lihat
coba kau coba
renung ke mata aku
bila ku kaku melihatmu

pernahkah kau ada
bila ku perlu
tuk menyatakan rasa sakit
dalam diri

dan bila kau perlu
setia ku menunggu
agar senang kau merasa

siapa
sebenarnya aku padamu
mungkin sama dengan teman lain
yang bisa kau buat begitu
dan bila
tiada lagi teman bermain
kau pulang tuk dapatkan aku
itulah aku...padamu

maafkan kerana aku tak pernah
terlintas tuk menulis pada mu
salahkan ku
tak mungkin lagi aku meminta
untuk kau mendengar..
untuk kau melihat ke mataku

siapa
sebenarnya aku padamu
mungkin sama dengan teman lain
yang bisa kau buat begitu
dan bila
tiada lagi teman bermain
kau pulang tuk dapatkan aku
itulah aku...padamu


Note: Siapa aku sebenarnya padamu?, dan siapa aku dihatimu? ermmm...

Friday, April 17, 2009

2nd Keje aku..

6 comments

Assalamualaikum... korang mesti perasan kan gambar yang aku tunjuk kat sebelah tu.. tu laa keje aku dulu.. dari hutan belantara.. aku n the gang akan masuk dari dalam hutan tu akan terbina satu demi satu tower seperti dalam gambar tu..
Kerjanya yang paling berat yang pernah aku buat.. Tapi walaupun berat.. aku ngan kawan-kawan amat happy dan bersemangat berkerja, aku pun x tau kenapa.. letihnyer x dapat digambarkan.. Betullaa fakta kerjaya berbunyi carilah kerja yang happy.. jangan cari kerja yg senang tapi x happy.. Masa tu keje ngan india.. Semua geng2 aku jadi india.. itam kene panas.. keje start kol 7.00 pagi.. bermakna pukul 6.00 pagi kene bangun dah. Mak siapkan bekal (kalau x bawak bekal kene potong gaji).. pegi keje..moto parking kat rumah toke.. peg site naik lori.. pagi2 kitaorg kene tunggu kat tepi jalan besar sambil isi pasir n batu dalam guni, isi laa seberapa banyak yg boleh.. pepagi nie biasanyer laju sikit sebab nnti kalau time panas mmg panas giler.. dah siap letak pasir ngan batu kat dalam guni tu.. angkat plk masuk lori.. ader cara angkat dia.. kalau tak mende tu jd berat.. pastu bawak pegi site..korek lubang besar... bancuh simen.. sedut habuk simen tu biasa lah.. air minum.. kalau korang nak tau.. sendiri bawak bekat 1 botol sorang.. kalau x bawak alamatnyer minum air paip ataupun air paya laa... biasa laa tu..tu laa kejenyer sampai siappp.. ujan ke panas ke keje tetap kene jalan.. basah..kering..basah..kering tu biasa laa.. ujan.. panas..ujan..panas, kekadang mabuk (pening) sebab letih jer, tapi tetap happy.. sebab kawan2 sama2 keje.. berat ke ringan ke semua buat sama2.. sekali buat satu tower (tapak konkrit) kene buat sampai siap.. x kira laa sampai malam pun.. kekadang sampai kol 10 malam baru balik umah.. memang letih.. sampai rumah mandi.. makan.. tgk tv.. pastu tv tgk aku.. tido mmg tido mati laa.. letih woooooo...
*keje ohh keje

Tapau oh tapau...

3 comments
Assalamualaikum... hari nie aku nak citer kat korang satu perangai yg patut di contohi oleh isteri-isteri dan yg bakal bergelar isteri... Kat kantin tempat aku keje nie bekpes tu lambat laa sikit.. kalau kol 745 tu makanan x der lagi.. kol 8.00 pagi baru ader, tu pun kadang2 x complete lagi, so ramai jugak laa yg tengah kebulur tu datang makan... pastu kol 9.30 makan untuk lunch pun dah tersedia.. x kan nak lunch.. baru jer bekpes.. kekadang aku pegi laa bekpes+lunch terus tapiiii kalau lambat jer 30minit... tinggal bekas jer laa.. si isteri-isteri mithali nie bungkus lauk untuk malam terus.. tak igt punyer tapau... dah laa tukang masak tu x reti-reti nak masak bebanyak..sorang-sorang sekarung bawak balik... adoooo tu laaa isteri mithali kat tempat aku keje... Betol-betol mithali isteri nie..

*isteri mithali oh isteri mithali... hahahahahahaha

Thursday, April 16, 2009

Bukan rezeki aku..

1 comments
Assalamualaikummm....

Semalam dalam perjalanan balik keje.. macam biasa terfikir nak makan aper malam nie.. pikir punyer pikir.. teringat ikan Tenggiri ader lagi dalam peti sejuk.. Yumm.... goreng belada best nie.. sampai jer rumah.. terpikir.. mana ampai kain aku nih.. laaa dah lepas kebawah rupenyer.. adooo baju yang aku basuh semalam semua kotor sebab jatuh atas tanah.. kutip dulu letak dalam bakul... x sempat tukar baju.. aku terus meluru ke dapur untuk keluarkan ikan Tenggiri dari peti sejuk sebelom diproses.. rendam dalam air paip (air tank) dalam sinki.. masuk bilik.. baring2 jap macam best jer..tetiba terdengar bunyi menda jatuh kat dapur.. jengok punyer jengok.. kucing bawak lari aku punyer ikan daaaa.. hampeh tol.... bengang giler aku..aku pun ambik laa kain aku yang kotor tadi utk aku basuh... buakak jer paip.. air pulak x der...

*adoooooooooo

My 1st Job

3 comments
Assalamualaikum semuaaa...

Aku nak citer kat korang laa sikit pasal pengalaman kerja aku selepas aku habis study. Selepas aku habis study, aku balik kampung untuk buat kebun anggur kat kampung tapi banyak sg modal nak pakai... baik aku cari keje kat luar... aku pun pegi laa carik keje kat bandar lipis.. aku nie minat dengan elektrikal... so aku pegi laa kedai wiring tanya kot ader keje.. tanya punyer tanya aku di terima.. kebetulan toke tu kawan arwah bapak aku .. so kira aku di terima laa keje wiring kat bando lipis tu... Aku tanya laa kat toke tu cmne ngan gaji aku.. dia bagi aku RM25 sehari.. Alhamdulillah... gaji n kerja pertama aku.. selama aku kerja kat situ.. aku di kerjakan seperti balaci jer.. almaklumlah.. keje ngan lain kaum.. ader yg baik tu ok laa.. kalau kene yg x ok tu.. jadi balaci laa.. dok kat bawah tangga.. bos mintak playar bg playar.. mintak cutter bg cutter.. tggu dia ajar wat wiring? jangan harap.. diaorang takot kita lebih pandai dari .. sikit pun diaorg x kan ajar kita.. tapi skunk aku leh bangga gak laa.. aku lebih baik dari dia huhuhu... tu semua kerana 1st keje aku.. akhirnya lepas 4 bulan aku berenti sbb x tahan kene tipu ngan toke pasal gaji.. hampeh tol..

* Aku pun manusia biasa x makan besi... hahahahahaha

Wednesday, April 15, 2009

kawan lama..

3 comments
Semalam aku balik keje.. tetiba rasa lapo laa pulak.. maklum laa bekpes jer semalam.. rasa nak makan mee sup laa... aku pun berenti kat pasar petang kat tepi jalan.. jalan punyer jalan... jumpa ngan member lama masa sekolah dulu.. dari jauh dah aku tgk.. tetiba jer dia berenti tgk aku.. aku kenal dia.. dah lama aku nak tegur dia.. tapi aku takut dia x kenal aku.. maklum laa masa aku jumpa dia sebelum nie dia pakai baju jeket kuning (budak keje petronas) so segan laa aku nak tegur takot dia x kenal plk.. semalam dia pakai t-shirt n dia pun berenti tgk aku.. so aku tegur laa siap sebut nama dia sekali.. terkejut gak laa mamat tu.. borak nyer borak dia dok dekat2 gak laa ngan rumah aku.. siap2 tukar no phone lagi tu.. aku igt org tapi takut nak tegur sbb takut dia x kenal aku.. malu laa plk kann..

kawannn...kawannn...

Monday, April 13, 2009

Isteri Solehah

0 comments
Suzie seorang ibu muda mengadu pada temannya suhaila.

Suzie : Suhaila.. aku kene mintak cerai ngan suami aku..

Suhaila: Mengapa suzie?

Suzie: Habis.. tiap2 malam suami aku keluar masuk clubing

Suhaila: Oooowwhhh.. suami ko kaki clubing laa yer...

Suzie: Bukannn... sebenarnya dia kesana sebab cari aku!!

*Adooooo....

PERBEZAAN antara ISTERI dan GIRLFRIEND pada pandangan seorang SUAMI

3 comments
1. Isteri macam tv, girlfriend macam handfhone. Di rumah tgk tv, kat luar bawa Handfhone

2. Tak de duit jual TV, ader duit beli Handfhone baru.

3.Kadang2 seronok tengok TV, tapi selalunyer banyak masa habis main Handfhone.

4.TV tercuma sepanjang hayat, tapi Handfhone kalau tak bayar service line, taliannyer kene tamatkan serta-merta.

5. Tv saiznyer besor, berat, dan dah buruk, tapi Handfhone cute,comel, ramping, banyak butang boleh picit,dan boleh di bawa kemana2.

6. Kos penyelenggaraan TV murah, lagi pun jarang rosak, Tapi Handfhone.. mak oii.. mahalnyer selalu meragam plak tu..

7. TV ader remote kontrol tapi Handfhone x der

8. Cuma satu jer kelebihan TV.. x der virus.. Handfhone.. sekali kene virus.. habislah...

* Jadi jangan peningkan kepala, pilihlah TV anda, Kalau boleh yang plasma laa yer hahahahahahahahahaha....

Sekolah ku

1 comments
Aku nak berkongsi pengalaman laa sikit ngan korang2 semua.. sbb aku rasa sekolah aku nie unik sikit berbanding ngan sekolah lain.. Nama sekolah aku Sek.Keb Kuala Kenong.. masa tu aku darjah 2 aku pindah sekolah sbb kitaorg dok rumah sendiri kat kampung tu.. aku x terkene kejutan laa jugak sbb aku dah biasa balik kampung atok aku.. sekolah aku tu dekat ngan rumah atok aku.. jarak rumah aku ngan sekolah ader laa dalam 5km ikut jalan yg x berturap dan dikelilingi hutan semak samun.. memang kampung laa tempat tu.. jalan pun x der.. perhubungan masa tu guna jalan denai2 n sungai jer.. masa aku darjah 2 sampai aku darjah 6 tu kelas aku ader 9 orang pelajar je.. 3 lelaki.. 6 perempuan.. time sekolah.. bertolak dari rumah pukul 6.30 pagi.. jalan kaki sejauh 5km tu ramai2 berbekalkan kertas suratkabar untuk buat pocong (bakar kertas tu buat lampu).. dalam perjalanan tu setakat jumpa bab tu biasa laa.. kasut sekolah x leh pakai lagi masa tu sbb ader satu kawasan tu berlumpur giler kadang2 habis baju2 kene lumpur..so kene laa pakai sliper.. kalau setakat kene gigit kekiok (sejenis anai2 berkepala besar) tu biasa laa.. tapi mmg sakit gile laa kalau kene gigit ngan menatang tu.. kalau ader tu kat tgh jalan kene laa lari laju2.. supaya dia x sempat ggt.. sampai padang sekolah kol 7.00 pagi.. kene tgk baik2 kalau ader kerbau.. kalau ader kene lari laju2 sebab takot kene kajar ngan kerbau.. pastu ader jambatan gantung.. baru laa lepas sekolah.. masuk bilik darjah.. letak beg.. pegi kantin.. bukan pegi bekpes ekk.. pegi ambik sabit,cangkul,baldi,penyapu,parang.. bersihkan kawasan sekolah duluu... sabit tu wat menebas lalang.. maklum laa sekolah miskin tukang kebun x der.. cikgu pun ader 4 orang jer masa tu.. so pepagi tu ader yg kene cabut kemuncut.. menebas lalang.. tebang pisang, basuh tandas,angkut air (dari sungai), sapu sampah.. kalau time nak sukan kene berbaris ramai2 cabut kemuncut.. line kene buat sendiri...tu laa hari2 yg kitaorg buat.. sekolah tu tepi sungai.. x der elektrik.. 2 bangunan ader 4 buah kelas.. darjah 1 satu kelas.. darjah 2 ngan 3 kongsi satu kelas.. darjah 4 ngan 5 kongsi satu kelas.. darjah 6 satu kelas.. dah masuk waktu belajar semua kene pulangkan peralatan tadi dah masuk kelas masing masing mulaa laa kelas.. macam2 rasa laa masa tu.. miang.. peluh (kipas x der ekk).. waktu rehat pun tiba.. bunyik jer loceng (loceng org jual ais krim tu ekk...bukan pakai lektrik nyer) yang bawak bekal pegi kantin.. makan ramai2.. yg x der terus pegi kawasan lapang main rounders (macam softball tu) bola dia..bola getah.. cikgu2 pun main sekali.. ader sekali tu cikgu pukul bola sampai ke sungai terus bola tu.. adooo.. ader budak2 yg dok panjat pokok jambu.. panjat pokok belimbing.. panjat pokok kundang..main laga semut.. sekolah aku tu banyak pokok buah.. so kalau musim buah.. mewah laa sikit makan buah.. time balik kalau kene turn tu pegi laa kat kantin berbaris ambik buah pisang untuk bawak balik... time balik pun sama jer.. balik jalan kaki sambil carik pucuk pakuuu.. habih sekolah kul 1.00.. sampai umah kol 3.00.. tu laa serba sedikit keperitan pelajar sekolah aku masa tu... aku rasa korang x menebas kan sebelom masuk kelas?.. x kene angkut air dari sungai kalau nak berak? baju x kene getah pisang kan? x penah rasa kelas x der kipas kan? tapi tu laa hakikatnyer sekolah aku yang aku x leh lupa sampai sekarang... sampai sekarang pun sekolah tu buka lagi walaupun pelajarnya x sampai 50 org.. ermmmm...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

LeNgGaNgKaNgkuNg Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template