Tuesday, April 28, 2009

Aku, Stokin Dan Kondom..


Suatu hari mak bonda aku masuk wat kerana sakit lelahnya.. Aku macam biasa time lunch jer aku pun menyempel laa kat dia.. tanyakan apa dia nak, apa masaalah dia n tanyakan keadaan dia mcmmana. Dia pun citer laa kat sini sejukk sgt.. sampai sakit betis dia.. ader org kat sebelah katil dia tu suh dia beli n pakai STOKIN untuk betis (sejenis STOKIN panas dr atas bukulali sampai ke lutut). Aku pun terus laa memecut ke farmasi berdekatan.. untuk mencari STOKIN tersebut.. yang aku tau STOKIN..nak carik STOKIN.. nak carik STOKIN.. sampai kat farmasi tu dengan muka selambe nyer aku terus meluru masuk untuk mencari STOKIN tampa menghiraukan beberapa orang awek pembantu farmasi kat situ.. Ader laa sorang awek pembantu farmasi tu datang kat aku sbb tgk aku tgh mencari sesuatu jer..

Awek 1: "yer encik boleh saya tolong? encik cari apa?
Aku : "err.. nak carik stokin (cun laa plak awek nie)"
Awek 1: Ader encik kat sini (sambil menunding jari)
Aku : "Bukan stokin nie dik... nak stokin yg panjang tuu"

tiba-tiba terdengar suara yg agak kasar dr belakang..

" NAK KONDOM LAA TU.. NAK KONDOM CAKAP LAA NAK KONDOM MALU2 PLAK !!"

rupa-rupanya ader sorang lagi awek pembantu yg menyampuk dari belakang..

dengan lemah lembut dan ayu aku cakap kat awek tu " Dah saya nak carik STOKIN.. kenapa saya nak cakap nak carik KONDOM pulak.."

Dengan muka merahnya awek tu terus lari kebelakang sambil digelakkan oleh kawan2 sekerjanya dan pelangan yg ader..

aku dan awek pembantu farmasi tu terus mencari stokin yang aku cari tapi x der kat situ.. aku terpaksa kedestinasi seterusnya untuk terus mencari STOKIN. dan akhirnya aku jumpa..STOKIN..





NOTE : Jangan bersangka buruk.. tak baik taw..

4 comments:

The 4 on April 29, 2009 at 6:32 PM said...

wakakaka.. gila ke ape.. org nk beli stokin , dia ckp nk komdom.. mcm biasa aje tu ..wakakaakka..siott..

~SiS~ said...

errkkkk...kondom??? muka familiar kot slalu beli benda tu kt situ?? wakakakaa....

gue said...

saje jer..diaorg nak usik2 kung2..tu
he..peace

PeErA on May 5, 2009 at 7:54 PM said...

ala,,malu2 plak,,mmg nk crik kondom tuh,,hahaha~

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

LeNgGaNgKaNgkuNg Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template